-Logged on-
(Sambungan dari post sebelum ni...kali ni saya nk cerita pulak pasal Dinner Batch May/July 02 yg telah diadakan pada 29 Oktober 2006, 8.00pm, sori la sbb byk gambaq, dh jd mcm photopage la plak..hehe)
Arakian tersebutlah kisah sebuah dinner yg diadakan di Casuarina Hotel, Ipoh demi mengukuhkan perhubungan sulit (liquid paper dh abih, takleh nk padam..) silaturahim antara bdk2 batch May/July. Saya selaku penerbit blog ni ingin membahagikan kisah dinner ni kepada beberapa chapter yg bertajuk Chapter 1, Chapter 2, Chapter 3, Chapter 4, Chapter 5, Chapter 6, Chapter 7, Chapter 8, Chapter 9...(haha...hangpa semua kira laaa sampai sejuta..wakaakak.. *pangggg*!)
*Sblm tu, sekalung penghargaan/credit ditujukan kepada Cinod, Ajis, Lan, dan Rosli kerana telah menyediakan gambar2 utk penerbitan blog ni...hehe..
Chapter 1: Preparation
Sehari sblm dinner tu, saya sebenaqnya tak prepare lg apa nk pakai masa dinner nanti. Walaupn itu hanyalah sekadar dinner batch, tapi apabila mendengar khabar angin yg bertiup kencang sehingga 300km/h (standard keta F1 ni..jgn memain!) bahawa ramai bdk2 akan dressing sakan tak hingat dunia sempena dinner tuh, mana bleh saya mengalah, takkan nk pakai kemeja + tie + slack je kot... So, saya dgn luqman dgn rahimi pn pi la bershopping kat Jusco, lalu saya telah memilih sehelai baju batik berwarna hitam bercorak2 putih, skali saya pakai, mmg sebijik mcm Ahli Dewan Undangan Negeri Perak aa....haha (sendiri perasan...piirahhh!).
p/s: Nasib baik dinner tu nanti tadak upacara perasmian, kalo tak, teruk la saya, kena prepare speech sebelum saya diundang utk merasmikan dinner tu. (perasan gila..haha)
Chapter 2: On da way ke Casuarina
Saya, rumet, ajis n izo pi satu keta. Sblm nk bertolak tu, Ajis n Izo pn mai la bilik. Ajis berbaju melayu complete dgn sampin, sebijik mcm pendekar Ajis..haha. Izzo plak berblazer dgn kemeja putih, sblm nk pi tu dia pakai blazer siap2, pastu duk mengeluh kata panas...mmg la panas mlm tu izzo oii..dinner tuh lg la panas (hot2..hehe). Masa on da way tuh, saya nmpk byk keta yg turut menuju ke tmpt yg sama, dgn semuanya dressing tak hingat dunia! Ajis sempat jugak la snap gambaq keta sebelah (awek2 penuh dlm keta tuuu...huhuu), tp disebabkan skil ajis kureng sket berbanding skil professional photographer, maka gambaq yg diambil tuh mcm takbest utk dipost kat blog ni...tp nk post jugak!..hehe..

Gambaq keta awek2 yg Ajis tangkap
Chapter 3: Arrival
Bertemakan "noticeable black", dptlah saya melihat betapa ramainya bdk2 yg tak ubah seperti org minyak nk pi kenduri sebaik sahaja saya keluar dari keta. Tu la, bg lg tema noticeable black, abis semua org pakai baju hitam..haha. Tapi itu tidak menjadi masalah kpd saya sbb saya kan YB Bahagian Tronoh yg nk merasmikan dinner tu..haha. Waktu registration, semua bdk2 dpt sebuah kotak yg berisi souvenir sempena dinner batch ni. (Ketika menaip ni, saya masih lg bersimpati terhadap ring2 n da gang sbb tak dpt2 lg souvenir tuu...jgn marah naa ring2!..lari2..satgi aku kena *pangggg*!)
Ramainya bdk2 kat red carpet masa registration..
Chapter 4: Makan2!
Saya dgn ahli2 makan yg lain pn mula la melantak makanan yg terhidang di depan mata, bak kata pepatah, "pucuk dicita, ulam mendatang, tadak pucuk dgn ulam, daging dgn ikan pn orait laa". Mmg sedap habis daging berlada tuh.. Ditambah pulak dgn ikan masak asam, pastu ada plak sotong goreng tepung. Diharap sesapa yg baca ni, mesti meleleh abis aa (dis hope is applied to those yg tak mkn mlm atau tgh hari lg..hehe)

Ahli2 makan semeja Ahli2 makan meja sebelah Menu dinner
Chapter 5: Performance
Sambil mkn2 tu, ada jugak la membe2 yg perform mlm tu. Yg saya ingat, ada Bong dgn Jenal yg jd vokalis mlm tu. Cuma yg nk dikomen kat cni ialah sound system tempat tu. Bukanlah saya nk kata sound system takbest, tapi music tu kuat sgt, tak sesuai utk sesebuah majlis yg dibuat dlm dewan yg kecik. Saya sungguh simpati kpd ahli2 makan utk meja2 yg berhampiran dgn speaker. Saya tau ramai org tak puas hati dgn bunyi speaker yg kuat bangat tuh. Diharap, kalo ada dinner mcm ni lg next time, bleh la consider masalah yg mcm tu.
Chapter 6: Lucky & Unlucky Draw
Sepanjang hidup saya, dh dua lucky draw saya dpt. So, utk kali ni, saya amat berharap utk dpt lagi satu lucky draw utk menunjukkan bahawa saya sememangnya dilahirkan sbg org yg bertuah! Akan tetapi...setelah byk nombor2 tiket dicabut, tiada satu pn Lucky Draw yg saya dapat....... :-( Keciwanya saya...(gaya menunduk dgn muka down abis). Utk Unlucky Draw, sesiapa yg dipanggil akan diminta utk membuat/menjawab sesuatu yg disuruh oleh pengacara. Ketika ini, saya lihat ahli2 makan meja saya (yg ppuan) semuanya diam membisu, beralih menghadap meja tanpa bergerak sedikit pun, sambil mulut masing2 berbisik2 (mungkin berzikir, ataupn bermunajat, ataupn berjampi, ataupn berdoa). Kalo ada imoticon Yahoo Messenger yg smilie gelak guling2 tu kat sini, dh lama saya bubuh sambil saya pn gelak guling2 jugak ala2 pelakon2 crita hindustan guling2 kat taman bunga sambil menyanyi diiringi penari2 yg tetiba je muncul kat belakang.
Ahli2 makan semeja yg takut dgn unlucky draw..hehe
Chapter 7: Awards
Menurut pengacara majlis, penyampaian Awards merupakan kemuncak dinner pada malam tu. Mmg tidak dinafikan, sbb dari situ, bleh la saya cuci2 spek sket tgk aweks2 yg menang award (*panggg*! oii..sapa lempang aku nih??!!). Antara awards yg wujud pada malam itu ialah:
1 He's the Man (Civil)
2 She's the Woman (Civil)
3 Most Popular Guy (Civil)
4 Most Popular Girl (Civil)
5 He's the Man (EE)
6 She's the Woman (EE)
7 Most Popular Guy (EE)
8 Most Popular Girl (EE)
9 He's the Man (Mech)
10 She's the Woman (Mech)
11 Most Popular Guy (Mech)
12 Most Popular Girl (Mech)
13 He's the Man (Chem)
14 She's the Woman (Chem)
15 Most Popular Guy (Chem)
16 Most Popular Girl (Chem)
17 He's the Man (IT)
18 She's the Woman (IT)
19 Most Popular Guy (IT)
20 Most Popular Girl (IT)
21 He's the Man (IS)
22 She's the Woman (IS)
23 Most Popular Guy (IS)
24 Most Popular Girl (IS)
25 Mr Low Profile
26 Ms Low Profile
27 Sportsman
28 Jejaka Idaman
29 Puteri Impian
30 Cutest/Gorgeous Guy
31 Next Top Model of the Batch
32 Couples of the Batch
33 Best Dress (Man)
34 Best Dress (Woman)
Byk gila award2 utk mlm tu!! Siyes saya mmg tabik spring la kat commitee kerana menyediakan award2 yg begitu byk! Kat sini, malas la saya nk bgtau pemenang utk tetiap award tuh sbb byk sgt...tp yg pasti... Saya menang salah satu award tuu!!

Kui3... :p
Terima kasih byk2 la kpd mereka yg vote saya..saya sungguh terharu pada malam tu, terkejut pn ada jugak. Ye la, saya bukannya calon yg sesuai utk menang award tu, ditambah pulak saya kalah dlm event saya awal2 sem hari tu. Pastu, tak pemes plak tuh.. Tapi saya rasa la kan, saya menang award tu sbb saya vote diri saya sendiri dlm form tu..haha. Gila award tak saya ni? Sejak sekolah lg, saya tak penah menang apa2 anugerah/award pn dlm sukan..semuanya hampir2, tewas kepada mereka yg lebih bagus dari saya.
Walaupn saya tidak bertuah utk lucky draw buat kali ke-3, tetapi di atas kurniaan Allah SWT, tuah saya terletak pada award tersebut. Biaq pi la sesapa yg baca blog ni kata saya ni "poyo" duk tayang2 award tu, tetapi sebenarnya saya amat bersyukur kerana sekurang2nya, ada jugak kwn2 saya yg menghargai penat lelah saya bersukan di UTP yg fana ini.. <---- (ayat skema... *pangggg*!!)

Bergambar kenangan dgn Pot, the Most Popupar Guy (Mech)
Hehehehehe..... :p
p/s: kalau saya dapat list utk semua pemenang2 tu, nanti saya update post saya ni
Chapter 8: Montaj
Persembahan montaj oleh commitee sungguh menarik perhatian. Segala kenangan selama hampir 5 tahun di UTP disingkap kembali menerusi gambar2 sejak 1st year hinggalah ke final year ni. Saya tidak dapat mengawal aura gelak2 saya bila usya persembahan montaj tu. Excited gila saya tgk montaj2 tuh, yg lawa, yg cun, yg kurus, yg tembam, yg comey, yg gila2, yg kelakar, semuanya ada dlm montaj tu. Hasil over-excited tu, akhirnya saya sakit tekak sepanjang malam tu smpi la pg esok!

Tgh usya montaj
Chapter 9: Photography Session
Sesi photography dibuat selepas dinner pada mlm tu. Mmg semua org jd gedix2 time bergambaq, kalo bleh semua ceruk hotel tu bdk2 ni nk ambik gambaq. Dari yg hot, yg berkemban, yg berpakaian ala2 pengantin, yg berskirt singkat, yg bertopi koboi, yg olskul berspek besaq, yg bertuxedo mcm Man In Black, yg berbaju melayu lengkap bersampin mcm nk raya, yg berbaju batik mengalahkan YB (ehem2!..hehe), yg bertudung litup, yg berkebaya ramping, yg berthirt selamber badak je, yg berselendang, yg pakai mcm pelayan hotel, yg berbaju jarang nk mampus, yg berkain terbelah, yg mekap ala2 pelakon opera cina, yg tayang rambut panjang mengurai mcm hantu crita seram korea, yg berkemeja belang2 (ramai gila yg pakai baju camni..), yg berkasut tumit tinggi rock kapak dgn baju Camel (sori pot..hehe), semuanya tak lepas dari beraksi di depan lensa kamera.
EE CHEM CIVIL
MECH ICT BIS
Seperti biasa, warga #tetamu tidak terlepas utk merakamkan kenangan bersama hosmet2 tersyg!..haha..
Chapter 10: The End
Apa lg, dh kenyang, penat2 bergambaq, gelak2 semua2 tu, pastu balik laa... Kroohh2!! ZZZZzzzzzzzzzz.......
p/s: esoknya selepas dinner mlm tu, saya demam on da spot! Test byk gila minggu tu, camna la saya nk amik test dgn demam2 ni...
Usaha + Tawakal = Cemerlang..
Aminnn....
-Log off-